Followers

KENANGAN MANIS 2010 BERSAMA UTARA OFFROAD

>> Tuesday, January 11, 2011


Ketika mengakhiri tahun 2010 aku sempat mengikuti TEAM UTARA OFFROAD bersama Kolej Islam Darul Ridzuan ( KISDAR ) untuk program DAKWAH ke Kuala Mu, Sungai Siput Perak. Ini first time aku mengikuti cabaran 4x4 memasuki hutan ke perkampungan orang asli. Nak tengok macam mana kampung orang asli... selalu tengok dalam tv ja. Aku bersama 2 org rakan Izul dan Amir yang membawa jentera Hilux hitam berkilat yang bertayar sotong. Driver muda yang tak pernah join 4x4.. hantam ja, yang penting semangat berani dan semangat berpasukan.

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 6.30 pagi dan berkumpul di hentian r&r Juru. Kira2 25 biji kenderaan pacuan mengikuti program ini. Selepas selesai taklimat kami bertolak menuju ke tol Kuala Kangsar dan menuju ke kisdar untuk mengambil pelajar2 sebelum menuju ke Kuala Mu. Disebabkan pejalanan yg jauh & hari Jumaat, maka pakat tuang (ponteng) sbhyng jumaat.

perjalanan yg bermula lebih kurang pukul 11tghari, perjalanan yg mulanya hanya biasa tiba2 menempuh pelbagai jalan yg sukar, bermula laluan pokok buluh kenderaan semua sangkut terpaksa ditolak & ditarik, perjalanan diteruskan dan terpaksa menempuh jalan seperti kubang kerbau, seperti biasa kena tarik mengunakan winch satu persatu. Selepas menempuh perjalan kami pn sampai ke perkampung orang asli pos kuala mu kira2 hampir pukul 7malam & kami bersepakat berkhemah di tepi sungai. Mami n the geng dgn pantas menyediakan juadah nasi gulai ikan kering selepas penat seharian perjalanan dlm hutan .. Keadaan di kuala mu memang sejuk, kalau tak bawak selimut alamat tak boleh tido la jawapnya.

Hari kedua bagun saja dari tido sudah terdengar suara orang riuh ,tengok2 mami n the geng
sudah siap membuat sarapan pagi nasi goreng.. waaaa..memang best la... tabik springgg geng masak...Selesai mkn apa lagi nk berendam dalam sungai la,nak mandi pagi sejuk sgt... tunggu tghari skit baru pakat2 mandi, tu pn sejuk lg, dulu dok mandi gak ayaq telaga tp tak sejuk macam ni...


Memang cantik air terjun kuala mu..nk terjun dekat atas takut terjun tak naik dah.. maka berendam la dekat bawah2 sikit... bahaya ooo ayaq laju, kira menggigil la walau mandi tghari. Abih berendam makan lg... kalah dok kat rumah aihh mkn.. ingat dok dalam hutan nk kurang la berat... ni bertambah lg...hehehe..Setelah selesai mkn... pelajar2 kisdar dengan prorgam dakwah mereka.. kami pulak dengan program kami pusing kampung orang asli.. hehehehe ... biasa la tak penah tgk kampung orang asli... abih semua tempat masuk..usung kamera izul apa lagi
... sesi berfoto la. bukan senang nk sampai dh dekat kuala mu.. mungkin tak sampai dah..sempat jugak bergambar dengan cikgu2 sekolah pos kuala mu

Dah abis pusing2 kami pn balik ke khemah.. tengok geng2 masak siap2 nk masak untuk jamuan untuk penduduk orang asli... kami pn sama membantu memotong daging yg dibawa... memang best buat kerja beramai2... tapi yang paling tak best...aku jalan terlicin apa lagi terlentang la sampai terduduk....adoiii.... malu malu....hehehehe.....

Selepas insya kami ditugaskan menghantar segala makanan untuk jamuan untuk penduduk orang asli.. Pelajar2 kisdar dengan program mereka..selepas program yang diadakan didalam
bagunan sekolah, penduduk org asli menyerbu makanan yg di sediakan.. majoriti kanak2 yang ramai... kesian dengar ada yang kata dah sebulan tak makan nasi... kalau kita tak tau la.. pakat slim river abih.... hahahaha.... nasi dan gulai daging abih licin memang
betoi2 tak makan nasi sebulan la ni.......

Hari ketiga hari terakhir di kuala mu...bagun agak awal.. nak bertolak balik pn agak awal sikit ..macam biasa geng masak ... masak sarapan bihun dulu..

Selepas selesai mkn dan simpan segala khemah dan barang2 lain.. kami
yang menaiki hilux tayar sotong bersepakat memasang rantai pada tayar supaya tayar memdapat lebih cengkaman..

Nasib baik bawak jgk rantai... kurang2 tak gelongsor sgt time turun...perjalanan balik dijangka sukar kerana hujan turun keadaan jalan berkeleboq (berlumpur)

Perjalanan balik lebih kurang 10.30 pagi & diberi sedikit taklimat sebelum perjalanan... Perjalanan balik betul2 mencabar... aku memang kena jadi kolet sejati la jawapnya... banyak kereta yang sangkut ,tayar pecah dan rosak... kereta abang aku pun tayar pecah 2 bijik depan belakang dan terpaksa meminjam tayar kereta lain......
berjam2 tunggu didalam hutan.... kerjasama berpasukan membuatkan segala rintangan menjadi mudah... setelah menempuh segala cabaran jalan yang teruk berjaya dilepasi... singgah sebentar di sebatang anak sungai kira2 jam 7malam
untuk berehat sebentar.. tapi belum keluar dari hutan sepenuhnya lagi.... perut pnya la lapaq... al maklum la mkn bihun pagi ja... apa lg buka dapur gas kecil dan meggi la bersama ali cafe.... fuhh....lega rasa...

Perjalanan di teruskan kerana hari sudah gelap ... jalan pun tak seteruk dah... cuma jalan tanah merah... Dan akhirnya berjaya keluar dari hutan kira2 pukul 10malam, hampir 12 jam perjalanan... memang memenatkan, tapi memang seronok dan puas...Apa2 pun terima kasih kepada semua Geng2 UTARA OFFROAD dan pelajar2 KISDAR.... bila2 kita boleh pergi lagi.... kenangan yang paling manis tahun 2010



4 komen:

Azlina Aziz January 12, 2011 at 8:33 PM  

tokipap,

lain kali nak ikut bole? :D

FAUZI4U January 12, 2011 at 8:46 PM  

boleh.... tp kena jadi tukang masak.. hahahah

Cik Puan Kocik March 20, 2011 at 9:25 PM  

menarik citer di sini

Azlina Aziz July 21, 2011 at 1:21 AM  

tukang masak pun jadilah!

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP