Followers
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..
>> Monday, November 15, 2010
Saat berderai jatuh titisan air mata IBRAHIM,.........Melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL..
Kalau Berpacaran ( kalau berpasangan )
>> Thursday, October 14, 2010
Hidup mesti hepi....
Hidup mesti hepi... baru hidup lebih bermakna...rapatlah dengan family.. cari lah kawan2.. sahabat.. n org tersayang.... senyum2 lah selalu..
The Arrivals
>> Saturday, July 17, 2010
A documentary about the comings of the Antichrist / Dajjal, Imam Mahdi, and the second coming of Jesus (Nabi Isa). A very powerful and unprecedented documentary with Bahasa Melayu subtitles. All credits due to Noreagaaa and Achernahr.
Untuk semua; Lihat, Dengar dan Faham... Penting untuk kesedaran intelektual kita....
Memori dari cerita Moero Attack - 燃えろアタック
>> Friday, July 2, 2010
( Memori ) zaman-zaman seluaq ketat
>> Wednesday, June 30, 2010
Aku teringat lagi masa aku kecik2... abg2 aku mcm ni la rupa... seluaq semua ketat2... aku la jd mangsa.. kena tarik masa nk buang..... nk pakai.. kena kena sarung plastik dulu kat kaki baru senang pakai... adehhh seksa.... pikiaq gak mcm mana la time nk melabur.... tak kan nk suruh org gak... hahahaha.... tp zaman dulu mmg best... janji ranbut panjang.. tak rebonding pn takpa... nk p komtar kena naik bas la... mana ada keta time tu.. semua geng2 rock lepak sana.... yg paling best seluaq mcm kain buruk dah... koyak dari atas sampai bawah... kalau letak rata sahih jd kain buruk dah... hahahahaha
Cinta Dan Airmata
>> Tuesday, June 29, 2010
Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa
Berdendang suara mengusap kalbu
Kulemas dalam terpesona
Kehadiranmu menerajang kekusutan
Yang lama terdapat di sini
Bagai telah dijanji
Termakbullah mimpi-mimpi
Hujanku menteri
Terciptalah sang pelangi
Irama lagu silam mewarnakan
Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya
Tanda reda
Ikatan percintaan kita
Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi
Dikau pergi tanpa pesan
Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisinya
Andai Dapat Ku Undurkan Masa
Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka
Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana
Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna
Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara
Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri
( hanya dlm lagu yg dapatku lafazkan )
Layu Di Hujung Mekar
Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri
( Ku tak pandai berbicara.. Hanya dlm lagu yg mampu ku luahkan )
Renungan
>> Saturday, June 26, 2010
"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)
BERINGATLAH
>> Wednesday, June 23, 2010
Bila kita bohong sekali... mungkin kita akan bohong berulang lagi.... dan tak mustahil kita akan berbohong setiap hari... bila dah sebati dalam diri...
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Jgn tertarik kpd seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dpt menyesatkan. Jgn pula tertarik kpd kekayaannya kerna kekayaan dpt musnah. Tertariklah kpd seseorang yg dpt membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yg dpt membuat hari2 yg gelap menjadi cerah.
Pasukan pilihan juara piala dunia ( ARGENTINA )
>> Monday, June 21, 2010
Menang ka kalah ka aku tetap sokong Argentina.. apa nk jadi jadilah
MAIN GULI
>> Wednesday, February 3, 2010
Ni la keja anak2 buah aku dgn anak2 jiran aku time cuti sekolah yg lepas.. byk habiskan masa bermain guli.. Bila terpandang, teringat aku masa kecik2 dahulu.. tak ubah seperti ini... sampai mengaji Al Quran pn ponteng... satu hari mak kejar dengan rotan... mana taknya mengaji kemana.. makan pn kemana.. main sampai dekat maghrib....byk kenangan ketika dahulu... bila teringat mesti tersenyum sorg2
CINTA
Cinta amat mahal takrifnya,itulah yang difitrahkan oleh Allah kepada hambanya. cinta hanya tertulis pada perkataan....tetapi gagal untuk dilihat pada zahirnya, kerana cinta itu tidak terjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia, setia pada yang kasih, kasih pada yang disayangi, syg pada yang dirindui dan merinduilah pada yang menyayangi. cinta tak kan datang kalau tak dicari,...cinta tak kan dapat kalau tiada siapa yang memberi...tetapi mencari biarlah pada yang sudi...bukan meminta pada yang simpati....
TAZKIRAH
Di antara kemuliaan yang telah Allah swt kurniakan kepada ummat Muhammad saw, Allah swt telah memuliakan ummat ini dengan 5 kemuliaan: 1. Allah swt menjadikan mereka lemah, supaya tidak sombong. 2. Allah swt menjadikan mereka kecil-kecil supaya tidak memberatkan makan minum dan pekerjaan. 3. Allah swt menjadikan usia mereka pendek, supaya kurang dosa mereka. 4. Allah swt menjadikan mereka fakir dan miskin, supaya meringankan hisab mereka di Hari Akhirat. 5. Allah swt menjadikan mereka ummat terakhir, supaya tidak lama tinggal dalam kubur. Rujukan: Kitab Tanbihul al Ghafilin
TEMAN
Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkan,samada didalam sukar mahupun senang.Teman yang terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kepad Allah.Wahai sahabat,sesungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah.
Ingatkan daku tikaku leka,tenangkanlah daku tikaku bersedih,pujuklah daku tika aku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dpt brsama menuju ke syurgaNYA.Amin.......